? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 13 April 2010

Cahaya Hati Papa & Mama

13 April 2010(1645pm)

Begitu cepat detik berlalu, usia kandunganku sdh mcecah 7 bulan lbih...Terima kasih Ya Allah kerana mjadikan aku semakin tabah dalam mhadapi dugaanMu, cabaranMu sedari awal kandunganku hingga ke saat ini...tidak dapat dnafikan rasa lelah letih yang teramat sangat semakin dirasa aku dalam mjalani hari2 yang aku lalui..mgkin dsebabkan pbawakan bayi ku yang semakin berat....kdg2 aku rasa sakit dgn keadaan ini, tapi aku tahan jua demi bayiku...aku mesti bertahan walau betapa sakit kesakitan yang aku rasa...
Aku bsyukur jua kerana mpunyai suami yang memahami keadaanku...terima kasih sayang...setiap kali aku melihat wajahmu aku terasa ingin mgeluarkan airmata....aku takut aku tidak dapat melalui detik bahagia bertiga bersama baby kita...aku takut aku tewas dalam pertarungan antara hidup & mati...setiap bakal ibu akn merasa apa yang aku rasa apatah lagi usia kelahiran semakin hampir...seandainya dberi pilihan, aku hanya ingin bayiku lahir dengan selamat...kerana ianya hadiah yang paling berharga buat suamiku...walaupun tanpa aku.............Ya Allah, tiada siapa yang mharapkan perkara yang tidak baik melainkan apa yang terjadi itu sdh tersurat...tapi jauh di sudut hatiku, aku ingin selama2nya disamping suami & anakku....Tolong jangan pisahkan 1 pun diantara kami....aku ingin kebahagiaan kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami....
Permata Hati Mama & papa, tidak sabar rasanya menanti saat kelahiranmu....pabila mama melihat baju2 mu semakin mama tidak sabar menanti saat itu...Kau lah bukti cinta mama untuk papa...kaulah segala2nya bagi mama dan papa....
Mama harap anak mama sentiasa sihat....kerna itu sumber kekuatan mama....

Sabar anakku, x lama lg anak mama akan melihat cahaya dunia, mlihat wajah mama & papa....Ya Allah, betapa kerdilnya aku rasa saat ini bila mgenang perkara buruk baik yang bakal berlaku.....Wallahulam.....

Isnin, 8 Mac 2010

Kehadirannya...

hari ini usia kandunganku mcecah 5 bulan lbih...bgitu cpat detik blalu...kdg2 aku semakin takut bila memikirkan hari kelahirannya yang semakin hampir..aku takut Ya Allah...hanya Kau sahaja yang merasa dan tahu apa yang aku rasaakan saat ini...x ada seorang pun yang memahami apa yang aku rasa...tekanan....susahnya hati aku pada saat ini...hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi setiap dugaan cabarnMu...berikan aku semangat untuk meneruskan hari2 yang blalu dgn penuh kekuatan...terima kasih kawan2 aku yang begitu mgambil berat akan diriku...sentiasa meniup semangat dan memberi dorongan yang padu bagi aku menempuh perjalanan yang mcabar...hanya Tuhan sahaja yang mampu mbalas kbaikan shabat cmua....
Permata Hati Mama, kaulah segala2nya bg ibu dunia akhirat...kaulah sumber kekuatan ibu, pcetus semangat ibu bg meneruskan hidup...kaulah nyawa ibu...segala-galanya bg ibu...ibu rindu akan kehadiranmu...ibu x sabar lg ingin menanti saat kelahiranmu...sihatlah untuk ibu...ceriakan hari2 ibu yang suram...kaulah kebahagiaan ibu...kegembiraan ibu...setiap kali ibu merasakan pgerakanmu, ibu rs gmbira, kerana itu tandanya anak ibu sihat...bergerak lh setiap saat kerana itu akan mbuat ibu terhibur.....ibu tiada sesiapa melainkan anak ibu yang tercinta.... Ya Allah Ya Tuhanku....panjangkanlh usiaku dan bayiku...tolong jangan pisahkan 1 pun diantara kami...panjangknlah usia kami Ya Allah.....aku tidak ingin kehilangan anakku baik dalam mimpi maupun nyata...jangan pisahkan kami!!!!!!!!!!

Khamis, 19 November 2009

Cahaya Hatiku

Terasa makin cpat ms berlalu, kandungan ku hmpir mcecah 2 bulan...Terima Kasih Ya Allah, kerana Kau telah m'anugerahiku "Rezeki"Mu yang tidak ternilai...kdg2 aku rs aku bagaikan dalam mimpi, terlalu cepat tapi aku bersyukur kerna inilah yang diharap2kan suamiku...bgitu juga aku...x sabar rasanya aku ingin mnuggu saat kelahirannya...Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku dan bayiku selalu...jadikanlah bakal anakku, anak yang soleh solehah...lindungilh kami slalu Ya Allah shingga hari lahirnya dan selama2nya...Dia permata hatiku, penghibur jiwa...aku mula merasakan kehadirannya...walau betapa teruk kesulitan yang aku alami sekarang, aku tempuhinya demi bayiku...aku ingin dia sihat, kdg2 alahan yang aku alami benar2 mbuatkan aku lemah x bermaya. Tp bila mgenangkan aku sudah ada dia, aku kuatkan semangat untuk mneruskan hari2 yang berlalu walaupun bertahan seorang diri....
Buat Cahaya Hati Ibu, Ibu akan buat yang terbaik untukmu...ibu akan kuatkan semngat demimu...kau nyawa ibu...bakal penyeri hidup Ayah dan Ibu...Ibu tidak sabar mnanti detik kelahiranmu...moga dengan kelahiranmu, mbawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat buat kita.....
Ibu rela berkorban nyawa demimu cahaya hati ibu, hanya 1 yang ibu harapkan kau dapat mlihat dunia Tuhan yang Maha indah dgn selamat dan sempurna......kau lah "hadiah" dr ibu yang tidak ternilai harganya buat ayahmu....

Cahaya Hatiku

Rabu, 7 Oktober 2009

Luahan Hati

Aku tak puas hati dgn sesorang...dia yg aku pcayai menikam aku dari belakang..depan aku dia pijak semut pun tak mati, belakang aku dia sama seperti dajal yang bakal memusnahkan dunia...aku benci dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!...aku terlalu baik dgn orang...tapi orang gunting dalam lipatan..aku sedih dgn apa yg blaku..benar2 terkilan mgenang takdir diri....benarlah kata orang kalau berbuat baik berpada2, kita tak dapat duga hati orang walaupun dia orang yang kita sayang...kita tak tahu apa niat baik dan jahat dia terhadap kita...dalam keadaan ksihatan yg kurang sihat, gangguan emosi bnar2 mbuatkan aku dalam tekanan yg berat...biarpun di mata orang aku nmpak sihat, happy tapi hati aku hanya aku dan Tuhan saja yang tahu...kesakitan, kesdihan, kemarahan, kbencian di hati aku hanya Dia yang mgetahui...aku tidak ada siapa2 tempat aku meringankan bebanan perasaan...aku hanya ada blog ini saja tempat aku mluah apa yang ada jauh di sudut hati aku...aku tak percayakan siapa2, aku tidak akan pcayakan sesiapa lagi...semua orang tidak ada keadilan, semua orang mulut manis tapi lidah bercabang...Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini, kuatkanlah semangat aku untuk mhadapi semua dugaanMu...kuatkanlah iman aku Ya Allah...kdg2 aku lemah Kau beri ku kekuatan, kdg2 aku sakit Kau kuatkan tenaga aku untuk merawat diri aku sendiri tanpa myusahkan orang lain...terima kasih Ya Allah....berikanlah ptunjuk kepada aku supaya aku tidak berterusan memilih jalan hidup yang salah..aku berserah kepada_MU qada dan qadar hidup ku...amin....

Khamis, 20 Ogos 2009

..Kisah Syaitan bernamaKhanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak
cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan
Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan
anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.
Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi
menuju
ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu

Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita
menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak
Syaitan,
yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam . Setelah lama
pikir-pikir. ..
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak
dan
tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja,
"Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah
meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu......,,. ..Semalam Adam
pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu
sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar
sana ..."terang Hawa.
"Oh....iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun
bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu
Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan
Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih
berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu
kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut,
biar
abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam ..
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz
ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk
menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam .
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku
telan
sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam .
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan
Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz
dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak
cucu Adam ..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was..
Walllahualam. ...
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Image removed by sender. Image removed by sender.

Rabu, 19 Ogos 2009

Penyimpan Mohor2 Besaq Syaitan Laknatullah.....Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua SYAITAN ... untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :

- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan SYAITAN
yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn SYAITAN
!!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan SYAITAN
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan SYAITAN
yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan SYAITAN yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan
SYAITAN yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan
SYAITAN yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
SYAITAN yang dok cucuk!!



Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn SYAITAN tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....




Akhir kata -
SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT .........................

We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he...SYAITAN

"Selamat Menjalankan Ibadat Puasa, Semoga Amal Ibadah Kita DiterimaNYA. Mohon Ampun Atas Segala Kekhilafan dan Kekurangan..."