Terasa makin cpat ms berlalu, kandungan ku hmpir mcecah 2 bulan...Terima Kasih Ya Allah, kerana Kau telah m'anugerahiku "Rezeki"Mu yang tidak ternilai...kdg2 aku rs aku bagaikan dalam mimpi, terlalu cepat tapi aku bersyukur kerna inilah yang diharap2kan suamiku...bgitu juga aku...x sabar rasanya aku ingin mnuggu saat kelahirannya...Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku dan bayiku selalu...jadikanlah bakal anakku, anak yang soleh solehah...lindungilh kami slalu Ya Allah shingga hari lahirnya dan selama2nya...Dia permata hatiku, penghibur jiwa...aku mula merasakan kehadirannya...walau betapa teruk kesulitan yang aku alami sekarang, aku tempuhinya demi bayiku...aku ingin dia sihat, kdg2 alahan yang aku alami benar2 mbuatkan aku lemah x bermaya. Tp bila mgenangkan aku sudah ada dia, aku kuatkan semangat untuk mneruskan hari2 yang berlalu walaupun bertahan seorang diri....
Buat Cahaya Hati Ibu, Ibu akan buat yang terbaik untukmu...ibu akan kuatkan semngat demimu...kau nyawa ibu...bakal penyeri hidup Ayah dan Ibu...Ibu tidak sabar mnanti detik kelahiranmu...moga dengan kelahiranmu, mbawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat buat kita.....
Ibu rela berkorban nyawa demimu cahaya hati ibu, hanya 1 yang ibu harapkan kau dapat mlihat dunia Tuhan yang Maha indah dgn selamat dan sempurna......kau lah "hadiah" dr ibu yang tidak ternilai harganya buat ayahmu....
Khamis, 19 November 2009
Cahaya Hatiku
Rabu, 7 Oktober 2009
Luahan Hati
Aku tak puas hati dgn sesorang...dia yg aku pcayai menikam aku dari belakang..depan aku dia pijak semut pun tak mati, belakang aku dia sama seperti dajal yang bakal memusnahkan dunia...aku benci dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!...aku terlalu baik dgn orang...tapi orang gunting dalam lipatan..aku sedih dgn apa yg blaku..benar2 terkilan mgenang takdir diri....benarlah kata orang kalau berbuat baik berpada2, kita tak dapat duga hati orang walaupun dia orang yang kita sayang...kita tak tahu apa niat baik dan jahat dia terhadap kita...dalam keadaan ksihatan yg kurang sihat, gangguan emosi bnar2 mbuatkan aku dalam tekanan yg berat...biarpun di mata orang aku nmpak sihat, happy tapi hati aku hanya aku dan Tuhan saja yang tahu...kesakitan, kesdihan, kemarahan, kbencian di hati aku hanya Dia yang mgetahui...aku tidak ada siapa2 tempat aku meringankan bebanan perasaan...aku hanya ada blog ini saja tempat aku mluah apa yang ada jauh di sudut hati aku...aku tak percayakan siapa2, aku tidak akan pcayakan sesiapa lagi...semua orang tidak ada keadilan, semua orang mulut manis tapi lidah bercabang...Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini, kuatkanlah semangat aku untuk mhadapi semua dugaanMu...kuatkanlah iman aku Ya Allah...kdg2 aku lemah Kau beri ku kekuatan, kdg2 aku sakit Kau kuatkan tenaga aku untuk merawat diri aku sendiri tanpa myusahkan orang lain...terima kasih Ya Allah....berikanlah ptunjuk kepada aku supaya aku tidak berterusan memilih jalan hidup yang salah..aku berserah kepada_MU qada dan qadar hidup ku...amin....
Khamis, 20 Ogos 2009
..Kisah Syaitan bernamaKhanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak
cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan
Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan
anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.
Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi
menuju
ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu
Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita
menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak
Syaitan,
yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam . Setelah lama
pikir-pikir. ..
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak
dan
tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja,
"Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah
meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu......,,. ..Semalam Adam
pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu
sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar
sana ..."terang Hawa.
"Oh....iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun
bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu
Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan
Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,
Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih
berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu
kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut,
biar
abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam ..
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz
ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk
menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam .
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku
telan
sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam .
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia
- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan
Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz
dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak
cucu Adam ..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was..
Walllahualam. ...
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
Rabu, 19 Ogos 2009
Penyimpan Mohor2 Besaq Syaitan Laknatullah.....Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua SYAITAN ... untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan SYAITAN yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn SYAITAN !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan SYAITAN yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan SYAITAN yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan SYAITAN yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan SYAITAN yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan SYAITAN yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan SYAITAN yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn SYAITAN tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT .........................
We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he...SYAITAN
"Selamat Menjalankan Ibadat Puasa, Semoga Amal Ibadah Kita DiterimaNYA. Mohon Ampun Atas Segala Kekhilafan dan Kekurangan..."
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. .
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dsalam
al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama
Sabtu, 15 Ogos 2009
SAAT TERAKHIR ( ST12)
Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta
*Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
#Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……
reep:*
# 2x
hoooo….wouwo….
Jumaat, 14 Ogos 2009
ARAK VS PENYAKIT GILA!!!!
Arak punca pesakit gila, saraf paling ramai di hospital
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (riwayat Muslim). Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.
Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak."
Rabu, 12 Ogos 2009
IBU..KAU SATU DALAM HIDUPKU..!!!!!!!!
> > > Aku ada pasangan hidup sendiri....
Sesungguhnya IBU insan mulia yang tiada bandingannya dalam dunia....Tiada pengganti selamananya teragung n terpenting dalam hidupku....Ibu...kaulah satu2nya insan yang paling mulia dan anugerah yang terindah tidak dapat di tandingi oleh mana2 manusia pun dalam dunia ini......Kaulah Ratu hatiku...Bondaku Tercinta...Hjh Hapsah...Moga Tuhan memanjangkan usia..Melindungimu dari makhluk halus dan perbuatan khianat manusia....Bahagia, sihat selamanya....Amin....
Selasa, 11 Ogos 2009
MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!
ku julang jalur gemilang malaysia
dibumi merdeka ini…
untuk tatapan warisan genarasi mendatang
akan ku coretkan satu cerita
yang tidak akan mudah dilupakan
tanggal 31 ogos 1957…
malaysia menjadi sejarah
negara mencapai kemerdekaan
tangisan gembira jelas terukir
diraut wajah nenek moyang kita…
kini…
setelah 51 tahun merdeka
apakah kita memahami erti kemerdekaan?
apakah diri kita sendiri telah merdeka…?
lihatlah sekeliling kita
fikirlah dengan mata hati terbuka
anasir-anasir perosak bermaharajalela
kemusnahan hidup merata-rata
perasaan menjadi permainan
masih ada yang bertongkat dagu
fikirlah…fikirlah…
wahai saudara ku sekelian
wahai remaja muda belia
dizaman ini jangan terlalu leka
ibu dan ayah menaruh harapan
kerana kita penyambung warisan
dari itu…
didiklah diri kita dengan amalan murni
latihlah diri kita dengan bicara indah
sayangilah diri kita dengan menjaga maruah bangsa
lakarlah semangat cintakan keharmonian
jadilah anak bertanggungjawab…
pada agama..bangsa..negara dan keluarga
wahai remaja muda belia
janganlah kita tersilap langkah
tiada yang larang kita bersuka
berpadalah akan batasannya
perhatikanlah…
mengapa remaja kita gundah gulana
mengapa remaja kita gugur imannya
mengapa remaja kita mudah lupa diri
mengapa remaja kita hilang nilai-nilai murni
bijak pandai pernah berpesan…
“mereka yang tidak belajar dari sejarah
akan didera oleh perasaan dan
perbuatan mereka sendiri…
wahai ibu..bapa..guru dan teman
semaikan semangat juang…
dan kata hikmah dalam diri anak kita
dengan sulaman kasih sayang mu
pantaulah rentak hidup anak kita…
dari setiap langkah mu
bangunkanlah dari setiap kelekaan anak kita
didihkan semangat murni dihati anak kita
jangan biarkan muda remaja sebagai…
melayu mudah lupa
berdirilah bangsa ku…
pandanglah…pandanglah kehadapan
apakah masih ada esok untuk kita?
maka…
sejajarkanlah diri kita
dengan usia kemerdekaan ini
kerana…
watak kita mencorakkan warna dipentas dunia
watak kita adalah cermin kehidupan
watak kita adalah pelopor generasi muda
oleh itu…
seiringkanlah langkah bersama rukun negara
Benda2 ajaib didunia
Taman Tergantung Babylon

Taj Mahal

Tembok Besar China

Piramid Agung Kufu

Menara Pisa

Patung Statue of Liberty

Sphinx
Rahsia Punggung…Yg Mana Satu Anda?
(”,) Nobody’s Perfect (”,)
**
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Iamenentukan
cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk
punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besardan tinggi. *Yang mana
satu anda?? *
*1. Seimbang *
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak
terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang
dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat
penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya
dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa
banyakmasalah dan stabil.
*2. Bulat *
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa
kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal
perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat
mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
*3. Tinggi *
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang
sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata
negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sen siti f dengan kata-kata
yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat
sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar
mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.
*4. Besar *
Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat.
Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.
Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada
yangmustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ‘no problem’. Sentiasamengukur
kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampudikumpulkan.
*5. Rata *
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya
diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang
berniaga. Jikaperempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak
lebih darisatu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.
Terlaluberserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
MEMBEBEL.......MEMBEBEL!!!!!!!!!
Lelaki, wanita - siapa juara leter?
INI salah, itu tidak betul. Serba serbi tidak kena di mata. Begitulah lumrah manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki mahupun dirasai. Melontar pandangan tidak semestinya diterima bulat-bulat atau mengharapkan ramai yang menyokong.
Kesannya timbullah konflik yang membawa kepada pertindihan pendapat. Begitu juga apabila menyentuh soal perbezaan gender antara lelaki dan wanita.
"BAGI saya, lelaki hanya akan membebel apabila ada perkara dilakukan pasangan berkali-kali. Bukan sengaja untuk mendebatkan masalah begini, tetapi ia berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan berulang kali. Biarpun sudah dipesan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama.
Sebagai lelaki, tidak boleh sekadar mengiyakan tindakan wanita. Seorang wanita harus berterima kasih apabila lelaki masih memberikan komen sebagai tanda prihatin dan perasaan sayang. Janganlah sampai lelaki tidak lagi memberikan perhatian dan tidak mengambil peduli.
Membebel lelaki biasanya tanda sayang."
"BAIK lelaki mahupun wanita, dua-dua memang suka membebel. Bezanya mungkin lelaki hanya akan berleter terhadap sesuatu yang penting khususnya berkaitan kerjaya, wang ringgit dan masa depan. Sedangkan wanita cenderung memberi pandangan yang mungkin dianggap remeh dan sensitif terhadap segala hal.
Ini termasuklah seperti penampilan seseorang, keadaan sekeliling, kejadian tertentu hinggalah topik semasa yang dirasakan tidak memberi manfaat kepada diri sendiri.
Namun, bagi saya tidak semua wanita cerewet. Tepuk dada tanya selera!"
Tidak dapat dinafikan wanita lebih cenderung membebel. Mereka suka bercakap dan ia secara tidak langsung membentuk sikap yang suka mempersoalkan itu dan ini.
Sedangkan lelaki jarang mengambil peduli soal yang dianggap remeh. Biasanya, lelaki lebih mengambil sikap tunggu dan lihat berbanding wanita.”
"BIASANYA perempuan lebih suka berkata-kata kerana bimbangkan sesuatu perkara itu dan minta ia diatasi segera. Berbeza pula bagi lelaki yang bagi saya lebih suka berdiam diri daripada mencari penyelesaian. Lelaki mungkin lebih suka berfikir untuk mendapatkan kepastian.
Sedangkan perempuan jika kita lihat lebih bertujuan meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Kesimpulannya, wanita berkata-kata kerana prihatin. Lelaki juga kalau perempuan bersalah pasti dia ingat sampai bila-bila. Sudahlah itu, pasti dia akan mengambil kesempatan untuk mengungkit masalah itu lama-lama.
Bagi saya, ia perlulah kontra dan tidak keterlaluan. Saya sendiri jenis yang tidak mengambil kisah sangat, tidak tahulah bagaimana wanita lain mengendalikan masalah begini.
"TIADA yang lebih, tiada yang kurang, bagi saya lelaki dan perempuan sama-sama suka membebel. Ini ditambah lagi apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan masalah diselesai segera. Lelaki mungkin dengan cara mereka, wanita tidak terkecuali.
Mungkin bagi lelaki, wanita yang lebih beremosi, sedangkan wanita juga tidak terlepas andai berdepan dengan lelaki yang tidak kurang hebatnya dalam soal berhujah... Masing-masing sama sajalah."
Lelaki wanita ada cara sendiri serlah perasaan
ANDAI bicara soal emosi, bagaikan lumrah lelaki sering terlepas daripada dilabel kaki merajuk atau individu yang cepat sensitif.
Andai emosi dikaitkan dengan lelaki sekalipun, gambaran tepat mungkin merujuk kepada sikap lelaki yang cepat naik angin atau kurang penyabar. Ini mungkin tempias dari stigma ciri-ciri maskulin yang ada dalam diri lelaki itu sendiri.
siapa lebih emosi - lelaki atau perempuan? ...Sama saja antara lelaki dan perempuan, Sesetengahnya sukar mengawal emosi tapi ada juga yang lebih handal mengawal emosi. “Ada wanita yang tidak begitu mengambil kisah jika apa-apa berlaku kepada mereka. Individu begini biasanya sukar menjadi emosional apabila berdepan dengan situasi bermasalah. “Ada pula yang lebih suka memendam perasaan. Tapi mereka ini, kalau sudah terkena sekali, mereka akan ingat sampai bila-bila dan mereka sukar untuk mempercayai orang.” “Jika ikut pengalaman sendiri, bagi saya wanita lebih emosi berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi pada tempoh tertentu. Bila datang saja emosi mereka itu, macam-macamlah yang tidak kena pada pandangan mereka. “Kadang-kadang tekanan di pejabat pun dibawa sampai ke rumah. Kalau emosi yang sekejap-sekejap itu, bolehlah kita tolak-ansur lagi tapi yang berpanjangan itu, terpaksalah banyakkan bersabar.“Bergantung kepada individu. Tapi selalunya wanita dilihat lebih jelas mempamerkan emosinya berbanding lelaki, tidak kiralah apa pun situasi. “Mungkin segelintir wanita agak sukar mengawal emosi. Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal ini, mereka biasanya tidak dapat membuat keputusan wajar. “Bagi kebanyakan lelaki pula, mereka biasanya akan mengawal emosi kerana jika mereka bersikap terlalu emosi, akan nampak kurang macho. Namun tidak semua begitu.” “Memanglah wanita lebih emosional daripada lelaki. Mungkin sudah lumrahnya begitu. Namun hakikatnya, tidak kiralah lelaki atau wanita, emosi itu penting dalam kehidupan. “Daripada emosi jugalah lahirnya sifat kasihan dan kemanusiaan. Bagaimana kalau seseorang langsung tidak memiliki emosi?” “Memang diakui, pada waktu tertentu, wanita akan menjadi terlalu emosional dan juga sensitif. Seelok-eloknya, jika sudah tahu seseorang itu jenis yang cepat emosional, elak dari membuat sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kesedihan atau kemarahan mereka. “Mereka yang menyedari diri terlalu emosional pula, sepatutnya berusaha untuk mengawal emosi supaya tidak keterlaluan.” “Kadang kala, wanita pun tidak sedar mereka terlebih emosi terhadap sesuatu perkara. Mungkin kerana jiwa wanita lebih lembut dan sensitif. “Tetapi, saya percaya, tidak ada sesiapa yang akan menjadi emosi tanpa ada sebab. Pasti ada punca yang menyebabkan seseorang, baik lelaki ataupun wanita menjadi emosi, tidak kiralah sama ada perkara itu serius ataupun tidak.”
Wanita dan Membeli Belah
1. Beri pendapat
Tidak sekadar menjadi teman, wanita sebenarnya suka lelaki memberi pendapat mengenai kesesuaian gaya - tidak kiralah positif atau sebaliknya. Bukankah lelaki gembira melihat isteri sendiri cantik?
2. Usah membuat mimik muka
Pantang wanita jika lelaki membuat muka bosan setiap kali membeli-belah. Daripada seronok membelek jenama kegemaran, akhirnya hilang mood!
3. Cari hiburan sendiri.
4. Jangan tergesa-gesa
Lelaki harus faham kebanyakan wanita cerewet ketika membeli-belah. Bukan sengaja tetapi kami perlu berfikir panjang dan memilih barangan yang menepati cita rasa.
Ini termasuk soal perbandingan harga dan proses tawar-menawar.
5. Bantu bawa barang
Detik inilah lelaki harus menunjukkan kasih sayang terhadap teman wanita. Bukankah kelihatan macho andai semua barang dibawa lelaki? Buah hati juga bertambah sayang...
Dasar Lelaki Kaki Kikis...!
PEREMPUAN 'memburu' lelaki berduit...itu biasa bukan? Lelaki 'mengejar' wanita berharta? Aaaaa...dulu tak biasa kan, sekarang, inilah dunia.
Tak percaya? Percayalah...kata Datuk Siti Nurhaliza. Hehehe...tiba-tiba lak Cik Siti interframe ye...alahhhh..kan ada lagu dia tajuk Percayalah. Itu lagu Siti, ini kes laki cari perempuan kaya, percayalah, kalau tak percaya, tanya Dewi.
Dewi terkena? Belum lagi...syukur, Alhamdulillah..harap-harap, janganlah langsung kan. Tapi Dewi jumpa ramai lelaki spesies macam ini. Cari perempuan, mesti yang berduit, berharta. Kalau tak kaya sangat pun tak apa, janji kayalah daripada dia, janji boleh kikis.
Kalau pancing mengena, kena pula perempuan ni yang jenis cepat cair, naya. Habislah, mula-mula jadi driver, tukang jemput dan hantar boyfriend, lepas tu, makan minum tiap kali keluar, bayarlah ya. kalau dua benda ini, dah `lulus’, mulalah si lelaki ni yang dah dapat betis, merengek-rengek pula nak paha. `Wallet i dah rosak la sayang...i suka wallet Mont Blanc’, `i sukalah baju tu sayang”, i suka inilah...itulah..macam-macamlah, janji kikis.
Kalau perempuan jenis macam ini, cepat dah kena label pisau cukur, kalau lelaki, nak panggil apa ya? Kalau setakat miang, kaki perempuan, panggil buaya darat, ni nak panggil buaya apa ya? Nantilah kita fikir sama-sama ya....
Tapikan Dewi nak beritahu, spesies ini dah `membiak’ sebenarnya. Makin ramai. Dewi nak bagi tip sikit macam mana nak kenal spesies ini. Tak susah nak kesan `makhluk’ ni. Pertama, mulut memang manis, ayat power! Hahaha...kata-kata pujian tu, laju je keluar dari mulut...macam air la. Sah memang dah biasa memuji orang, ikhlas tak ikhlas itu belakang cerita. Kedua, dressing, cara berpakaian, penampilan, memang tak kalah. Kemas dan selalunya mesti kena branded, tak banyak, sikit mesti ada. Rupa? Spesies ini selalunya ada rupa sikit. Tu kira modal la, nak `menjual’..jual tahi minyak!!!
Ok, bila dah kenal, tanpa segan, tanpa malu, ajak keluar, tapi `You belanja I ya! Bukanlah patut berkira ya bab makan ini dan bukan nak suruh lelaki saja yang membayar setiap masa, tapi setidak-tidaknya taklah sampai terhegeh-hegeh, tebalkan muka, minta perempuan yang belanja. Itu belum lagi yang berani nak meminjam ya!
Mana perginya lelaki budiman, gentlemen, zaman sekarang ini? Dah tak wujudkah spesies yang `mulia’ ini? Hello...hai...lelaki-lelaki budiman sekalian, di manakah anda? Hahaha.. Marah Lelaki kalau baca ni. Tak vogue merayu-rayu dia kata. Relaks Kaum adam, kena tahu bila masa serius dan bila masa bergurau.
Makhluk halus mgganggu kaki pancing
SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.
Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan.
Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat
“Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.
Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.
“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.
“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.
Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.
Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.
Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
“Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.
“Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.
Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz - makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.
Walau di mana anda berbuka |
BUKAN SAHAJA BERPUASA MENDAPAT PAHALA, BERBUKA PUASA JUGA ADA GANJARANNYA. JIKA ANDA PATUHI ETIKA DAN TERTIB SEWAKTU BERBUKA PUASA, LEBIH BESAR GANJARANNYA. Dalam kalendar sepanjang tahun bulan Ramadanlah yang paling mudah untuk kita mendapatkan makanan kegemaran. Masakan tidak, pada bulan inilah kita dapat melihat pelbagai jenis makanan termasuk yang jarang didengar. Jika berkunjung ke pasar Ramadan masingmasing berlumba-lumba menawarkan hidangan yang enak-enak. Hotel dan restoran pula tampil dengan aneka idea kreatif bersama tawaran harga demi menarik perhatian pelanggan. Walau di mana anda berbuka puasa, anda perlu menjaga adab dan sopan. Barulah selaras dengan ibadah puasa yang dijalankan. Kata orang lebih berkat. Berbuka di rumah Berbuka di restoran Berbuka di dalam kenderaan |
Sandiwara saham lelaki |
USAH KACA DISANGKAKAN PERMATA, KALAU SUDAH NAMANYA INTAN, TERPALIT LUMPUR TETAP BERHARGA. TEGUHKAN HATI DAN JIWA BILA LELAKI MENAWARKAN SANDIWARA. JANGAN TERLEWAT MENCATAT TAKDIR MENJADI BONEKANYA… Mengungkap dan menyingkap anatomi jiwa dan hati lelaki sememangnya tidak berpenghujung. Meski jenuh dan bosan membongkar kualiti terbaik (selain sukar ditemui barangkali?) bersulam rasa hampa, namun ada saja gelagat, kerenah jiwa lelaki yang masih menarik untuk kita selami dan fahami. Kali ini sy merungkai permainan sandiwara lelaki dalam memastikan harga dirinya terpelihara di aras mata masyarakat. Memetik ulasan Dr. HM Tuah Iskandar, tentang isu lelaki dan permainan sandiwara (penipuan), ia bukan isu khusus kepada gender tetapi ia berkaitan tentang ‘masalah hati’ yang dialami atau dilakukan oleh semua manusia tanpa mengira jantina. 10 Status Bahaya Lelaki 1. Lelaki yang menabur kata sayang tetapi masih lagi belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius. Itu bermakna lelaki tersebut hanya berminat untuk berpeleseran saja. 2. Membuat panggilan atau sistem pesanan ringkas mengikut keselesaan atau kemahuan hatinya. Tatkala anda memerlukannya, dia hanya diam membisu bersahaja. 3. Lelaki yang suka dan kerap bertemu janji tanpa menetapkan ikatannya dengan anda. Nasihat kami, elakkan kerap bertemu atau saham peribadi wanita anda jatuh merudum. 4. Lelaki yang telah berpunya tetapi kerap menghabiskan masa bersama anda. Sudah berpunya tetapi masih menagih kemesraan daripada wanita lain. Bila pecah tembelang dengan pasangannya, anda dilemparkan status kawan biasa sahaja. 5. Lelaki yang hanya merasakan tindakannya saja yang betul. Inilah lelaki yang pentingkan diri sendiri dan tidak mungkin memikirkan perasaan orang lain termasuk anda!
|