? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009

Walau di mana anda berbuka

BUKAN SAHAJA BERPUASA MENDAPAT PAHALA, BERBUKA PUASA JUGA ADA GANJARANNYA. JIKA ANDA PATUHI ETIKA DAN TERTIB SEWAKTU BERBUKA PUASA, LEBIH BESAR GANJARANNYA.

Dalam kalendar sepanjang tahun bulan Ramadanlah yang paling mudah untuk kita mendapatkan makanan kegemaran. Masakan tidak, pada bulan inilah kita dapat melihat pelbagai jenis makanan termasuk yang jarang didengar. Jika berkunjung ke pasar Ramadan masingmasing berlumba-lumba menawarkan hidangan yang enak-enak. Hotel dan restoran pula tampil dengan aneka idea kreatif bersama tawaran harga demi menarik perhatian pelanggan.

Walau di mana anda berbuka puasa, anda perlu menjaga adab dan sopan. Barulah selaras dengan ibadah puasa yang dijalankan. Kata orang lebih berkat.

Berbuka di rumah
Bulan Ramadan bukan sahaja peluang untuk kita menggandakan amalan tetapi ia juga adalah peluang untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan. Tebalkan sikap berkongsi dan saling membantu di bulan mulia ini. Biasanya pada bulan puasalah kita banyak meluangkan masa untuk menikmati makanan bersama-sama. Pabila berbuka puasa di rumah, pastikan semua ahli keluarga yang berada di rumah (teman-teman serumah, jika tinggal bujang) duduk bersama-sama di meja makan.

Berbuka di hotel
Hidangan dalam bentuk bufet menjadi begitu popular sepanjang bulan Ramadan. Kebanyakan hotel bersaing menawarkan hidangan makanan dan minuman pada harga yang dianggap berpatutan walaupun adakalanya tidak munasabah. Jika anda bercadang berbuka puasa di hotel (bufet) pastikan anda bijak mengawal nafsu. Jangan ambil apa sahaja yang ada di depan mata. Jauhi sifat tamak, yang itu hendak yang ini mahu. Jangan biarkan perut anda terkejut dengan makanan dan minuman yang terlalu banyak. Ambil dalam kadar yang anda rasa anda mampu habiskan. Ambil sedikit demi sedikit. Setelah habis satu hidangan barulah ditambah yang lain.

Berbuka di restoran
Berbuka puasa di restoran biasanya menuntut kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi jika anda membuat tempahan pada waktu hampir berbuka. Anda perlu sabar menanti makanan yang dipesan siap. Jangan merungut jika makanan yang dipesan tiba lewat kerana restoran tersebut bukan menyediakan makanan untuk anda seorang sahaja. Siapa yang memesan makanan dahulu, dialah mendapat juadah terlebih dahulu.

Berbuka di dalam kenderaan
Tentu ramai yang pernah mengalami situasi begini. Kalau ceganya anda terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan pastikan anda membeli makanan yang mudah dinikmati, walaupun anda sedang memandu. Makanan yang sesuai ialah makanan kering seperti kuih-muih, sandwich dan burger. Elakkan makanan yang memerlukan sudu seperti makanan berkuah. Selain mengganggu perhatian anda sewaktu memandu, ia juga menyebabkan anda berasa tidak selesa. Seeloknya anda berhenti di tepi untuk berbuka puasa.

0 ulasan: