Rambut cantik berkilat rahsianya | ![]() |
SIAPA YANG TIDAK KEPINGIN MEMILIKI RAMBUT YANG LICIN BERSINAR-SINAR? SEKALI DILEPASKAN, IA TERURAI INDAH DITIUP ANGIN LEMBUT. Nasihat Jaga Rambut Cantik1. Kurangkan penggunaan pewarna rambut atau rawatan rambut yang menggunakan banyak bahan kimia. Tidah salah melakukan rawatan atau meluruskan rambut tetapi selepas itu, kamu perlu melakukan rawatan penjagaan yang sesuai untuk memelihara teksturnya dan mengembalikan khasiat yang hilang. 2. Ada kala syampu mengandungi lembapan dan minyak yang berlebihan dari yang diperlukan. Justeru, elakkan menyapu 3. Mencuci rambut bukan sekadar melalukan air dan syampu pada rambut sahaja. Gosok dan urut-urut lembut kulit kepala menggunakan hujung jari-jemari. Cara ini dapat menggalakkan peredaran darah disamping memberikan kamu relaks. 4. Rambut kusam juga berpunca daripada pencucian yang tidak bersih. Ketika membilas rambut, pastikan keseluruhan rambut dan kulit kepala benar-benar bersih dari sisa-sisa syampu dan perapi. 5. Tahukah kamu bersikat sebaiknya dilakukan sebelum mencuci rambut daripada ketika rambut basah.Bersikatlah dengan lembut dan berhati-hati menggunakan gigi-gigi sikat yang lembut dan tidak menyakitkan. Bersikat juga mampu menyisih debu-debu dan kotoran dari rambut. |
Selasa, 11 Ogos 2009
Dicatat oleh DEWI CINTA di 7:39 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan