? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009



MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!

ku julang jalur gemilang malaysia
dibumi merdeka ini…
untuk tatapan warisan genarasi mendatang
akan ku coretkan satu cerita
yang tidak akan mudah dilupakan
tanggal 31 ogos 1957…
malaysia menjadi sejarah
negara mencapai kemerdekaan
tangisan gembira jelas terukir
diraut wajah nenek moyang kita…

kini…
setelah 51 tahun merdeka
apakah kita memahami erti kemerdekaan?
apakah diri kita sendiri telah merdeka…?
lihatlah sekeliling kita
fikirlah dengan mata hati terbuka
anasir-anasir perosak bermaharajalela
kemusnahan hidup merata-rata
perasaan menjadi permainan
masih ada yang bertongkat dagu
fikirlah…fikirlah…
wahai saudara ku sekelian

wahai remaja muda belia
dizaman ini jangan terlalu leka
ibu dan ayah menaruh harapan
kerana kita penyambung warisan
dari itu…
didiklah diri kita dengan amalan murni
latihlah diri kita dengan bicara indah
sayangilah diri kita dengan menjaga maruah bangsa
lakarlah semangat cintakan keharmonian
jadilah anak bertanggungjawab…
pada agama..bangsa..negara dan keluarga

wahai remaja muda belia
janganlah kita tersilap langkah
tiada yang larang kita bersuka
berpadalah akan batasannya
perhatikanlah…
mengapa remaja kita gundah gulana
mengapa remaja kita gugur imannya
mengapa remaja kita mudah lupa diri
mengapa remaja kita hilang nilai-nilai murni
bijak pandai pernah berpesan…
“mereka yang tidak belajar dari sejarah
akan didera oleh perasaan dan
perbuatan mereka sendiri…

wahai ibu..bapa..guru dan teman
semaikan semangat juang…
dan kata hikmah dalam diri anak kita
dengan sulaman kasih sayang mu
pantaulah rentak hidup anak kita…
dari setiap langkah mu
bangunkanlah dari setiap kelekaan anak kita
didihkan semangat murni dihati anak kita
jangan biarkan muda remaja sebagai…
melayu mudah lupa

berdirilah bangsa ku…
pandanglah…pandanglah kehadapan
apakah masih ada esok untuk kita?
maka…
sejajarkanlah diri kita
dengan usia kemerdekaan ini
kerana…
watak kita mencorakkan warna dipentas dunia
watak kita adalah cermin kehidupan
watak kita adalah pelopor generasi muda
oleh itu…
seiringkanlah langkah bersama rukun negara

0 ulasan: