? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009

MEMBEBEL.......MEMBEBEL!!!!!!!!!

Lelaki, wanita - siapa juara leter?

INI salah, itu tidak betul. Serba serbi tidak kena di mata. Begitulah lumrah manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki mahupun dirasai. Melontar pandangan tidak semestinya diterima bulat-bulat atau mengharapkan ramai yang menyokong.

Kesannya timbullah konflik yang membawa kepada pertindihan pendapat. Begitu juga apabila menyentuh soal perbezaan gender antara lelaki dan wanita.

Lelaki dan wanita masing-masing mahu mempertahankan hak ketika melontar pendapat. Biarpun ramai yang menganggap wanita lebih vokal dalam berkata-kata, lelaki juga tidak terkecuali memiliki perspektif berbeza ketika berhujah. Silap hari bulan, apa yang dilafazkan lelaki lebih berbisa!

"BAGI saya, lelaki hanya akan membebel apabila ada perkara dilakukan pasangan berkali-kali. Bukan sengaja untuk mendebatkan masalah begini, tetapi ia berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan berulang kali. Biarpun sudah dipesan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama.

Sebagai lelaki, tidak boleh sekadar mengiyakan tindakan wanita. Seorang wanita harus berterima kasih apabila lelaki masih memberikan komen sebagai tanda prihatin dan perasaan sayang. Janganlah sampai lelaki tidak lagi memberikan perhatian dan tidak mengambil peduli.

Membebel lelaki biasanya tanda sayang."

"BAIK lelaki mahupun wanita, dua-dua memang suka membebel. Bezanya mungkin lelaki hanya akan berleter terhadap sesuatu yang penting khususnya berkaitan kerjaya, wang ringgit dan masa depan. Sedangkan wanita cenderung memberi pandangan yang mungkin dianggap remeh dan sensitif terhadap segala hal.

Ini termasuklah seperti penampilan seseorang, keadaan sekeliling, kejadian tertentu hinggalah topik semasa yang dirasakan tidak memberi manfaat kepada diri sendiri.

Namun, bagi saya tidak semua wanita cerewet. Tepuk dada tanya selera!"
Tidak dapat dinafikan wanita lebih cenderung membebel. Mereka suka bercakap dan ia secara tidak langsung membentuk sikap yang suka mempersoalkan itu dan ini.

Sedangkan lelaki jarang mengambil peduli soal yang dianggap remeh. Biasanya, lelaki lebih mengambil sikap tunggu dan lihat berbanding wanita.”

"BIASANYA perempuan lebih suka berkata-kata kerana bimbangkan sesuatu perkara itu dan minta ia diatasi segera. Berbeza pula bagi lelaki yang bagi saya lebih suka berdiam diri daripada mencari penyelesaian. Lelaki mungkin lebih suka berfikir untuk mendapatkan kepastian.

Sedangkan perempuan jika kita lihat lebih bertujuan meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Kesimpulannya, wanita berkata-kata kerana prihatin. Lelaki juga kalau perempuan bersalah pasti dia ingat sampai bila-bila. Sudahlah itu, pasti dia akan mengambil kesempatan untuk mengungkit masalah itu lama-lama.

Bagi saya, ia perlulah kontra dan tidak keterlaluan. Saya sendiri jenis yang tidak mengambil kisah sangat, tidak tahulah bagaimana wanita lain mengendalikan masalah begini.

"TIADA yang lebih, tiada yang kurang, bagi saya lelaki dan perempuan sama-sama suka membebel. Ini ditambah lagi apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan masalah diselesai segera. Lelaki mungkin dengan cara mereka, wanita tidak terkecuali.

Mungkin bagi lelaki, wanita yang lebih beremosi, sedangkan wanita juga tidak terlepas andai berdepan dengan lelaki yang tidak kurang hebatnya dalam soal berhujah... Masing-masing sama sajalah."

0 ulasan: