? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009

Sandiwara saham lelaki

USAH KACA DISANGKAKAN PERMATA, KALAU SUDAH NAMANYA INTAN, TERPALIT LUMPUR TETAP BERHARGA. TEGUHKAN HATI DAN JIWA BILA LELAKI MENAWARKAN SANDIWARA. JANGAN TERLEWAT MENCATAT TAKDIR MENJADI BONEKANYA…

Mengungkap dan menyingkap anatomi jiwa dan hati lelaki sememangnya tidak berpenghujung. Meski jenuh dan bosan membongkar kualiti terbaik (selain sukar ditemui barangkali?) bersulam rasa hampa, namun ada saja gelagat, kerenah jiwa lelaki yang masih menarik untuk kita selami dan fahami.

Kali ini sy merungkai permainan sandiwara lelaki dalam memastikan harga dirinya terpelihara di aras mata masyarakat. Memetik ulasan Dr. HM Tuah Iskandar, tentang isu lelaki dan permainan sandiwara (penipuan), ia bukan isu khusus kepada gender tetapi ia berkaitan tentang ‘masalah hati’ yang dialami atau dilakukan oleh semua manusia tanpa mengira jantina.

10 Status Bahaya Lelaki

1. Lelaki yang menabur kata sayang tetapi masih lagi belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius. Itu bermakna lelaki tersebut hanya berminat untuk berpeleseran saja.

2. Membuat panggilan atau sistem pesanan ringkas mengikut keselesaan atau kemahuan hatinya. Tatkala anda memerlukannya, dia hanya diam membisu bersahaja.

3. Lelaki yang suka dan kerap bertemu janji tanpa menetapkan ikatannya dengan anda. Nasihat kami, elakkan kerap bertemu atau saham peribadi wanita anda jatuh merudum.

4. Lelaki yang telah berpunya tetapi kerap menghabiskan masa bersama anda. Sudah berpunya tetapi masih menagih kemesraan daripada wanita lain. Bila pecah tembelang dengan pasangannya, anda dilemparkan status kawan biasa sahaja.

5. Lelaki yang hanya merasakan tindakannya saja yang betul. Inilah lelaki yang pentingkan diri sendiri dan tidak mungkin memikirkan perasaan orang lain termasuk anda!

0 ulasan: