? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009

Lelaki wanita ada cara sendiri serlah perasaan


ANDAI bicara soal emosi, bagaikan lumrah lelaki sering terlepas daripada dilabel kaki merajuk atau individu yang cepat sensitif.

Andai emosi dikaitkan dengan lelaki sekalipun, gambaran tepat mungkin merujuk kepada sikap lelaki yang cepat naik angin atau kurang penyabar. Ini mungkin tempias dari stigma ciri-ciri maskulin yang ada dalam diri lelaki itu sendiri.

Secara tradisinya, lelaki sering dianggap kurang beremosi berbanding wanita. Benarkah begitu? Apakah lelaki hilang macho andai mempamerkan emosi seperti menangis atau bersedih di khalayak ramai? Dalam aspek lain, lelaki dikatakan lebih menonjolkan emosi andai berdepan dengan situasi kritikal seperti keadaan di mana hak atau sesuatu yang menjadi miliknya cuba dirampas. Tidak percaya, cuba ‘usik’ lelaki yang sedang beratur untuk membayar bil dan pintas gilirannya dengan berdiri di depan dengan selamba. Tentu lelaki itu naik angin, bukan?

siapa lebih emosi - lelaki atau perempuan? ...Sama saja antara lelaki dan perempuan, Sesetengahnya sukar mengawal emosi tapi ada juga yang lebih handal mengawal emosi. “Ada wanita yang tidak begitu mengambil kisah jika apa-apa berlaku kepada mereka. Individu begini biasanya sukar menjadi emosional apabila berdepan dengan situasi bermasalah. “Ada pula yang lebih suka memendam perasaan. Tapi mereka ini, kalau sudah terkena sekali, mereka akan ingat sampai bila-bila dan mereka sukar untuk mempercayai orang.” “Jika ikut pengalaman sendiri, bagi saya wanita lebih emosi berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi pada tempoh tertentu. Bila datang saja emosi mereka itu, macam-macamlah yang tidak kena pada pandangan mereka. “Kadang-kadang tekanan di pejabat pun dibawa sampai ke rumah. Kalau emosi yang sekejap-sekejap itu, bolehlah kita tolak-ansur lagi tapi yang berpanjangan itu, terpaksalah banyakkan bersabar.“Bergantung kepada individu. Tapi selalunya wanita dilihat lebih jelas mempamerkan emosinya berbanding lelaki, tidak kiralah apa pun situasi. “Mungkin segelintir wanita agak sukar mengawal emosi. Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal ini, mereka biasanya tidak dapat membuat keputusan wajar. “Bagi kebanyakan lelaki pula, mereka biasanya akan mengawal emosi kerana jika mereka bersikap terlalu emosi, akan nampak kurang macho. Namun tidak semua begitu.” “Memanglah wanita lebih emosional daripada lelaki. Mungkin sudah lumrahnya begitu. Namun hakikatnya, tidak kiralah lelaki atau wanita, emosi itu penting dalam kehidupan. “Daripada emosi jugalah lahirnya sifat kasihan dan kemanusiaan. Bagaimana kalau seseorang langsung tidak memiliki emosi?” “Memang diakui, pada waktu tertentu, wanita akan menjadi terlalu emosional dan juga sensitif. Seelok-eloknya, jika sudah tahu seseorang itu jenis yang cepat emosional, elak dari membuat sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kesedihan atau kemarahan mereka. “Mereka yang menyedari diri terlalu emosional pula, sepatutnya berusaha untuk mengawal emosi supaya tidak keterlaluan.” “Kadang kala, wanita pun tidak sedar mereka terlebih emosi terhadap sesuatu perkara. Mungkin kerana jiwa wanita lebih lembut dan sensitif. “Tetapi, saya percaya, tidak ada sesiapa yang akan menjadi emosi tanpa ada sebab. Pasti ada punca yang menyebabkan seseorang, baik lelaki ataupun wanita menjadi emosi, tidak kiralah sama ada perkara itu serius ataupun tidak.”

0 ulasan: