? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 Ogos 2009

Idea cantik bulan puasa ini!

BULAN PUASA AMAT MENCABAR; TIDAK HANYA MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA TETAPI JUGA MENUNTUT KAMU LEBIH PRIHATIN DALAM EMELIHARA KECANTIKAN. BERIKUT PANDUAN CANTIK YANG MESTI KAMU KEKALKAN DI BULAN INI.

Cuci Muka Bersih-bersih.

Kulit yang cantik bermula dari penjagaan yang tepat dan teratur. Asasnya adalah melalui cucian muka. Pada cuaca yang kering, kulit mudah dihinggapi kotoran, debu dan menyumbat pori-pori. Justeru, walaupun letih berpuasa, pastikan kamu tidak lupa mengambil sedikit masa untuk cuci muka sambil mengurutnya lembut.

Lembab Kulit Kering

Kurang minum air di samping cuaca yang panas membuatkan kulit kering dan lesu. Pemakaian pelembap antara cara yang boleh menggantikan lembapan yang hilang. Selain itu, pilihlah rangkaian penjagaan kulit yang berasaskan lembapan air.

Lindungi Kulit Dari Sinar UV

Tidak setakat kulit kering akibat minum air, malah terdedah di bawah sinar mentari hatta 10 minit juga mampu memburukkan keadaan kulit kamu. Apatah lagi di bulan puasa ini. Selain kering, ia membuatkan kulit kusam dan menua. Pakai tabir suria yang mampu melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB berbahaya.

0 ulasan: